Sila Klik Iklan Ini

Saturday, October 24, 2009

KERABU MANGGA ALA THAI

Untuk kali ni resepi yg acik nak post adalah pasal kerabu mangga ala thai. Satu hari nanti mokcik akan post kan pulok resepi kerabu mangga ala pantai timur gitu iaitu resepi dari tokmek la sapa lagi kalu bukan tokmek. Untuk resepi kerabu ala thai mokcik dapatkan resepi beberapa tahun nan silam dari mak ita tapi seperti biasa la mokcik akan derhaka skit sama ini resepi, janji boleh ngam ngan selera anak tekak mokcik. Dengan kata lain mokcik main belasah jer letak bahan-bahan yg ada kat dupur mokcik nun haa. Main redah je lerrr...





Bahan-bahan:
  • 1 biji mangga epal yang ranggup itew
  • 3 ulas bawang merah dihiris halus
  • 3 biji cili padi dihiris halus
  • 3 biji limau kasturi diambil airnya
  • Udang kering yg telah disangai dan ditumbuk. Tapi ari tu mokcik beli udang kering yg agak kecik skit jadi tak koser la mokcik nak tumbuk menumbuk ni...belasah je laa
  • 1 sudu gula
  • 3 sudu fish sos (wajib ada kalu tak, tak jadi kerabu ala thai ni)
  • Kacang tanah yg digoreng, atau kacang gajus
  • sedikit cukup rasa (ni mokcik sesuka ati buh je... nak menyedapkan rasa kalu korang tak suka tak yah letok lerr...

Cara membuat:

  • Mangga dikupas dan dihiris halus-halus memanjang
  • Campurkan bawang merah, cili, gula, fish sos, udang kering, air perahan limau dan cukup rasa hingga sebati atau hingga gula agak hancur.
  • Masukkan mangga dan kacang tanah dan gaul hingga sebati

Dah siap... dah boleh ngappp...selamat mencuba...

No comments: